|
astromas
Forum Admin
 Malaysia
12 Posts |
Posted - 01/19/2007 : 12:57:32
|
Bagi adik form 3 yang bertanya mengapa kita sebagai manusia ini tak pergi ke planet lain spt Musytari, zuhal yang cantik, Marikh yang merah dan Zuhrah yang terang tu, jawapannya ialah kita tak sesuai untuk tinggal dan pasti tidak ingin ke sana.
Sebagai contohnya, graviti planet Musytari adalah amat kuat sehinggakan jika kita sedang jatuh ke permukaannya, kaki kita akan tercabut dahulu dari badan kerana daya graviti di bahagian kaki terlalu kuat berbanding daya di bahagian lain (kalau kaki yang jatuh dulu la. )
Sama juga dengan planet Zuhrah (Kejora) yang mana ia merupakan planet yang paling aktif dengan gunung berapi dalam sistem suria! Dengan hujan asid yang selalu terjadi, ribut dan petir yang sabung menyabung, gempa bumi (adakah sepatutnya gempa Zuhrah ? haha..)dan sebagainya di planet itu, pasti kita semua takkan ingin ke sana.
Syukur kita ada di bumi yang dah cukup selesa untuk kita. Alhamdulillah.
Ada pendapat lain para forumer?
ASTROMAS Moderator -Astronomi Untuk Semua- http://astromas2020.blogspot.com
|
|